RSS

Pindah!!! Hijrah!!! ke MeNaRa PjH,Ke KWPKB...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Saya nak bagitau semua para pembaca blog saya atau pelawat blog saya bahawa saya sekarang busy sesangat coz sy sedang buat persiapan untuk berpindah ke Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.....ni lah logo yang akan saya berpayung dibawahnya....heeeheeee










Baru jer dalam kul 11.00, para pegawai KWPKB dan mover datang....nak lihat status berkemas yang telah kami buat....mereka berjumpa dengan Pn.SUB dan Pn Azmah, wanita berhati waja dan komited sekali untuk berpindah...huhuuhuuu....



Suasana pindah memang terasa coz this is last day waktu bekerja di sini, KPKT dan selepas ini....dapat pulak merasa suasana kerja ditempat yang baru.....semua orang busy mengemas barang masing-masing,ader yang busy nak siapkan kerja masing2 dan ader kakitangan yang berkemas untuk bahagian...antara orang kuat tersebut adalah Kak Ya, Pn. Fairuz, Cik Linda, Cik Shahida, Encik Zaki, Encik Suhaili dan the most busiest woman on planet are Pn. Azmah...Ketua Delegasi dan Biro Perpindahan Bahagian....huhhuuhuuu....hebat...hebat



Puan SUB (Head of Urban Poverty DIvision) have used her authority and instructed all officer and staff either got transferation letter or not...all must be clear and next week on tuesday (09/02/2010), we have to move out and already in KWPKB to fulfill our mission for this year to eradicate all urban poverty people this 2010 as we respond to our Government Policies like below....


"1MALAYSIA;RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"


Here is our new building Menara Pjh or in english "PjH Tower"....heeheeee.....cantik tak bangunan ni!!!....pemandangannya ditepi tasik dan berdekatan ngan Masjid Putra,
Putrajaya.i hope we (BKB) are welcome here and we can do our job with calm and comfortable condition....





Thanks for read my journal or my article....hope we can see another time with a new article about my new office....thanks again.






>

Thanks For The Sweet Memory...Fren



Assalamulaikum.....
semasa artikel ni ditulis, maybe sahabatku aka teman sebilik sudah pun berada dipangkuan bakal isteri dan keluarganya yang tercinta.......


Tujuan aku menulis artikel ni adalah supaya aku dapat mengabadikan memori dan kenangan terindah semasa kami berdua bekerja dan tinggal bersama as a good member...


Aku amat berharap beliau akan dapat bekerja dan menjadi seorang penjawat awam yang baik di Balai Bomba Ipoh, peyrock nanti....


aku nak sampaikan puisi yang aku karangkan buat sahabatku Shahid Mortaza (S.M)

suatu hari kita berpisah
suatu hari kita akan berubah
suatu hari kita akan saling melupakan
suatu hari kita tak akan bisa seperti ini lagi

yang aku ingin kau menjaga
menjaga persahabatan ini
sampai nanti kita di pertemukan kembali

Saat perpisahan itu pasti akan tiba
aku hanya ingin kau tahu
persahabatan ini tidak akan pernah
pudar oleh waktu

dirimu adalah kenangan terindah
dalam hidup ku
dan maafkan aku yang tak pernah bisa sempurna
untuk menjadi sahabatmu....


Tue saja aku bole ungkapkan kepada SM yang jauh dimata tapi dekat dihati....Semoga dapat menempuh hidup dengan gayanya di tanah kelahirannya...jadilah seorang insan yang matang dan mahu berjaya sesungguhnya aku percaya kau mampu dan tahu apa yang tersirat dihati...dan buatku....aku sangat berterima kasih diatas segala kata-kata,dorongan serta bantuan yang diberikan sepanjang kita bersahabat...terima kasih sekali lagi buat segalanya....aku tujukan lagu kenangan terindah buat ko shahid yang dipopularkan oleh kumpulan samsons...kalu ingat lagu tue...ingat lah kenangan kita and bkb diingatan yea.....



My precious Birthday Cake!







This my birthday cake buy by Pn.Azmah and Pn. Rohaya on 25 Of January 2010...means alot to me coz it waz my first time celebrate with my fellow officemate...


and this picture below it's my birthday cake buy by my mum, Pn. Kamariah and my youngest sister, Nur Munirah on 30 Of January 2010, a few later after my birth date.











That all cake meants alot to me and i wish i want to achieve what i'm desire most and take all challenge for this year with the strong heart and hardy mental to give big impact for all effort have been taken....
i hope my wish come true like the way i blew out light from a birthday candle below.....




ALLAH SeLAmaT KaN KaMu...NaZaRUdDiN



Bismillahirahmanirahim....Bersyukur kehadrat ALLAH kerana dapat juga aku menyambut hari ulang tahun kelahiran ke 26 tahun.

Sebelum tue, aku nak terangkan sikit apa dia ulang tahun kelahiran tue............
Ulang tahun adalah hari kelahiran seseorang, menandai hari dimulainya kehidupan di luar rahim. Dalam beberapa kebudayaan, merupakan suatu kebiasaan untuk merayakan peringatan ulang tahun seseorang, contohnya dengan mengadakan pesta ulang tahun dengan keluarga dan/atau teman. Hadiah sering diberikan pada orang yang merayakan ulang tahun. Juga merupakan suatu kebiasaan untuk memperlakukan seseorang secara istimewa pada hari ulangtahunnya.





25 Januari 2010, tarikh yang paling diingati oleh ku. Cam rasa sekejap jer dah sampai Hari Ulang tahun kelahiran aku ke 26....aku rasa syukur dan gembira kerana dikurniakan Allah kehidupan yang indah disamping mempunyai kerjaya dan kesihatan yang baik...InsyaALLAH target aku pada tahun ini adalah hendak sah dalam jawatan aku sekarang...dan jika telah sah...apa layi nak tunggu-tunggu...poyi lah sambung blajo (amik Degree-PJJ).....itulah cita-cita yang aku impikan selama ini..

Tentang kehidupan peribadi (GF)...aku rasa lom lagi kot coz tak nak lah pening2 kan kepala fikirkannya, biarlah kisah cinta semalam berlalu dan terus berlalu pergi....usah dicari lagi...Yg perlu adalah aturkan langkah,kuatkan lah semangat walau dahulu ku pernah kecewa but i'm not easily to give up for nothing juz aku ingin hidup bebas tanpa dikongkong kerakusan cinta yang banyak menyakit hati dari mendamaikan jiwa...I'm not ready for cintan cintun this year...and make its target for another time to accomplish... (Huuuhuuuu...aku xnk ingat ler kisah dulu2) nape lah aku ingat kisah lama2 ni....buek hilang mood jo....

Bila terfikir sambutan hari lahir, Teringat2 lah lagu yang selalu dinyanyikan oleh semua orang iaitu 'Selamat Hari Jadi' dan "Allah Selamatkan Kamu"....AKu pun nak nyanyi lah juga biar pun suara merdu (huuuhuuu...-mana tahu esok aku sambut birthday diiringi deraian air hujan membanjiri KL...heeheee


Allah Selamat kan Kamu,
Allah Selamat kan Kamu,
Allah Selamat kan Nazaruddin,
Allah Selamat kan kamu....


Selamat Hari Jadi,
Selamat Hari Jadi,
Selamat Hari Jadi Nazaruddin,
Sela..mat Ha..Ri ..Ja...Di...


Thanks u semua (pakk...pakk) tepuk untuk diri sendirilah pulak (huuhhuu...)
Esok x sempat lah nampaknya aku nak update my blog lagi coz kursus induksi khusus akan bermula (25-27 Januari 2010)...hope aku lulus dengan cemerlang, gemilang dan terbilang...(cam cogan kata Ex-PM kita lah pulak) huuhuhuu..


InsyaALLAH...berjumpa lgi dilain karya.....thanks for read my article. Wassalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Taklimat Penggunaan E-Kasih




Pada 23 Januari 2010 (jam 9.30 pagi), Rombongan Pengguna E-Kasih tiba di ICU,JPM di Bangunan Seri Perdana yang terdiri daripada Pegawai-pegawai Bahagian Kemiskinan Bandar iaitu (Ketua Rombongan : Pn. Norhayati Abd Manap, Timbalan Ketua Rombongan, Pn. Nazilah Mohd Yusof, AJK Rombongan, En. Mohd Ismail Omar Hathab dan Ahli-Ahli Rombongan iaitu Cik Nurhayati Sebli, Pn. Haslinda Md Latip, Pn. Azmah Abd Aziz, En. Fuzi Che Man dan last skali aku ler... Ini merupakan kali kedua aku ke ICU,JPM untuk dengar taklimat. Taklimat pertama adalah berkaitan dengan Modul Notis Perubahan (NOC-SPPII) dan taklimat kedua (sekarang) adalah berkaitan Manual Pengguna E-Kasih.
Disana,Kami berjumpa dengan Pn.Juraimi Ghazali selaku Ketua Penolong Pengarah F52 di Bahagian Teknologi Maklumat, ICU, JPM. Selain itu, terdapat juga tenaga pengajar yang lain bagi membantu kami dalam cara penggunaan E-Kasih iaitu Cik Sihazalwa Soad Pen. Pengarah F41, Cik Noor Zawani Suhaimin Pen. Pengarah (Kontrak) F41 dan En. Muhammad Faizal Ahmad Paruti Pen. Pengarah (Kontrak) F41.

Kami kesini adalah seperti yang diarahkan oleh Pn. SUB kami, iaitu Pn. Wan Azizah Wan Jaffar. Banyak yang kami pelajari dari segi bagaimana hendak key in bantuan, kemaskini profil KIR,AIR dan bagaimana hendak bagitau kepada orang ramai diluar sana (orang miskin dan miskin tegar bandar) yang ingin mendaftar dengan E-Kasih. Pokok pangkalnya hati mau belaja ok.....Tapi aku hanya leh dengar jer lah coz aku lum ader password lagi....so aku takyah buat kot key in ni semua...hu..hu...hu....sbb semua yang hadir dah ade id nama dan kata laluan.

Abis jer taklimat, kami semua membawa haluan masing-masing kecuali aku, En. Fuzi, Pn. Yati dan Pn. Nazilah sbb kami naik satu kereta dan kereta itu off course lah kereta pejabat...NAZA RIA...ini mungkin kali terakhir aku naik kereta itu coz kereta itu nak diambil alih KPKT kerana Bahagian Kemiskinan Bandar akan berpindah keluar dari KPKT ke Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB). Kami berempat pun pi lah makan tengahari coz perut pun dah berbunyi minta diisi...(perut berbunyi lagu Keronchong) heeheee.....Kami makan di Presint 8,coz hanya kat sana jer ada mee rebus yang Pn. SUB kami suka.....dan Pn. Yati dan Pn. Nazilah nk try ler mee rebus tue sama ada menjilat jari tangan ker atau menjilat jari kaki....hu..hu...hu....jangan marah yea Pn. Yati and Pn. Nazilah...

Lepas itu, kami balik ke opis untuk kemas2 apa yang patut dan tepat jam 5.00 petang, mereka pulang and aku jer yang tinggal untuk update sikit blog aku yang dah lama x dikemaskini sejak bulan 12/2009 kerana ke'busy'an aku di BKB.

That all my activity for today (23 January 2010).....and i hope that coming days with more activity and alot of story to enclosure. Thanks for read my article. See u another time! Have a nice day...


AL-Fatihah buat DYMM Almarhum Sultan Iskandar

DYMM Seri Paduka Baginda, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail

Pukul 7.15 malam (22 Januari 2010)..perginya seorang sultan yang berjiwa rakyat...seorang sultan yang tegas dalam mentadbir segala urusan pentadbiran terutamanya di negeri johor..Allahyarham baginda banyak melakukan pembangunan di negeri johor..dan yang terbaru merupakan wilayah iskandar..yang merupakan ilham beliau..

Walaupun aku bukannya rakyat asal negeri Johor, namun aku telah dibesarkan di Johor hampir 15 tahun (1984-1999) semasa pemerintahan baginda. Aku tetap menyangjungi Baginda (Almarhum Sultan Johor) kerana berjaya memerintah negeri Johor darul ta'zim dengan aman, maju dan makmur. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas roh Almarhum Sultan.
Al-Fatihah.



Kat sini izinkan aku paparkan serba sedikit profil mengenai Almarhum Baginda:-











DYMM Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail

  • Diputerakan pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bahru
  • Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajarannya di English College (sekarang Sekolah Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru.
  • Baginda seterusnya melanjutkan pelajarannya di Trinity Grammer School Australia dan selepas itu ke United Kingdom.
  • Setelah menamatkan pengajiannya, baginda berangkat pulang ke Johor pada tahun 1956 dan terus berkhidmat sebagai Pegawai Kadet Johor Civil Service.
  • Baginda telah dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 29 April 1981.
    Pada 11 Mei 1981 baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang keempat.
  • Baginda telah dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia pada 5 April 1982
  • Baginda ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIII (Ke-8) pada 15 November 1984
  • Baginda pernah mendapat latihan asas ketenteraan dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johore Military Forces) yang diasas dan ditubuhkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar
  • Pada masa lapang baginda gemar bermain polo, papan layar, memburu dan bermain golf.
  • Baginda Sultan telah bernikah dengan Sultanah Hajah Zanariah binti Tengku Ahmad dan telah dikurniakan 10 orang anakanda - dua orang putera dan lapan orang puteri.
  • Almarhum Baginda mangkat pada usia 77 tahun bertarikh 22 Januari 2010, pada jam 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru.
  • Baginda selamat dimakamkan di Permakaman Diraja Mahmoodiah, yang juga menempatkan makam moyang baginda atau lebih dikenali sebagai (Maharaja Johor atau Sultan Pertama Johor Moden) iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar ibni Ibrahim dan juga menempatkan pengasas UMNO, Allahyarham Dato' Onn Bin Jaafar)

(Gambar diatas,[dari kiri] DYMM Almarhum Sultan Iskandar, [tengah] Tengku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail (Bakal ditabalkan Sultan Johor ke-25) dan cucu baginda[kanan], Tunku Ismail Idris. )


Aku berharap pengganti Baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj (seperti foto diatas) akan mengambil alih pentadbiran johor dan berjaya meletakkan Negeri Johor setanding Negeri-Negeri yang maju di Malaysia serta menjadi Ketua Agama dan Pemerintah yang berjiwa rakyat.


Aku ada dengar juga membe-membe aku yang kat johor cakap pengganti Almarhum Baginda, Tunku Mahkota Johor ni ok. Diaorang cakap Tengku Ibrahim ini juga seorang berjiwa rakyat dan setiap tahun beliau akan turun ke sekitar johor untuk berjumpa dengan rakyat johor..bermesra dengan rakyat termasuklah rakyat johor yang tinggal di kawasan pedalaman..Program 'Kembara Mahkota' banyak merapatkan baginda dengan rakyat johor..dan bukan beliau sahaja yang terlibat dengan program nih..malah seluruh ahli keluarga beliau termasuk anaknya yang bongsu yang berumur 8 tahun...juga turut turun padang... Aku rasa kira ok lah jugak kan. Hope all Johorian akan gembira bahawa payung negeri yang menggantikan Almarhum Baginda Sultan Johor ni juga sama juga sepertinya iaitu pemerintah berjiwa rakyat.

Masihkah ada esok ...untuk kita


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Detik-detik indah pada malam 22-12-2009(Selasa), Itulah tarikh dan hari yang akan kusemadikan didalam ingatanku. Itulah malam yang aku impikan selama ini untuk bertemu dengan sahabat lama merangkap bekas teman sekelas aku iaitu Azim (Sekarang Haji Azim),Mohammad Shahidee dan Siti Fadilah. Ader juga budak Ex-SAB bersama kitaorang iaitu Suryati with her Boypren Tapi memang kalau bole nak lah jumpa dengan semua ex-class aku,tapi kehadiran 4 sahabat ku ni cukup untuk mengubat rinduku pada kawan-kawan sekelas ku yang lain khususnya dan budak2 Ex-SAB amnya.

Sementara aku bercerita tentang pertemuan kitaorang malam itu, inginlah sikit aku takrifkan maksud persahabatan mengikut versi dan pandangan aku sendiri. Hope takrifan aku punyai persamaan ataupun sesuai dengan fahaman para pembaca blog aku ataupun sesiapa ajer yang sudi membaca artikel ku ini. Semoga ia tidak menyinggung mana-mana pihak dan paling penting ia tidak ada kena mengena dengan manusia yang hidup atau yang telah meninggal dunia.

"Persahabatan" ialah istilah yang digunakan untuk menandakan tingkah laku, kerjasama dan sikap tolong-menolong antara dua atau lebih orang. Ia berlaku antara orang-orang yang mempunyai kesamaan intelektual dan emosi. Nilai persahabatan biasanya berasal daripada seseorang individu yang menampilkan tingkah laku yang berikut secara tekal:

Jenis persahabatan

Terdapat berbagai-bagai tahap "kerapatan" persahabatan yang menjangkau suatu spektrum lanjar. Oleh yang demikian, wujudnya sebilangan istilah bahasa basahan dalam bahasa Inggeris yang dipergunakan untuk memerihalkan persahabatan serta konteks yang persahabatan itu dipupuk:

  • Fair-weather friend atau kawan cuaca baik: Seorang yang hanya akan membantu kawannya jika bantuan itu tidak susahkannya.
  • Casual relationship atau "hubungan seks rambang": Kawan yang mempunyai hubungan mesra dari segi seks tetapi tidak menganggap diri mereka sebagai mencuba memikat; juga dirujuk sebagai friends with benefits atau "kawan yang memberikan manfaat".
  • Best friend atau "kawan karib": Kawan yang seseorang berasa paling rapat. Istilah ini biasanya membayangkan perasaan salingan antara satu sama lain, tetapi ini tidak selalu berlaku dan hubungan kawan karib merupakan sesuatu perkara yang sangat rumit.
  • True friend atau "kawan sejati": Orang yang sudi membantu kawan-kawannya yang menghadapi masalah emosi. Istilah ini juga menandakan sebahagian besar altruisme (Membantu tanpa mengharapkan balasan) kerana seorang kawan benar seringnya akan mengorbankan masa atau sumber yang lain untuk membantu kawan mereka yang menghadapi kesusahan. Walaupun demikian, kawan benar seringnya jarang ditemui dan mereka tidak semestinya merupakan kawan karib anda tetapi seorang yang anda ketahui akan membantu anda apabila diperlukan.

Tapi secara jelas boleh aku ungkapkan tentang persahabatan seperti 4 ungkapan dibawah:


“Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri”

“Persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapi memerlukan proses yang panjang seperti kita mengasah pisau, pisau baru yang tidak diasah lama kelamaan akan tumpul begitu juga persahabatan,jika mahu hubungan persahabatan yang berpanjangan, janganlah lupa akan keberadaan sahabat yang dimilikinya”


“Persahabatan selalu diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti, diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dan ia hadir sebagai asam garam sebuah perhubungan yang dinamakan persahabatan ”


“Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka. Kerana seorang sahabat boleh menjadi lebih dekat dan rapat daripada saudara sendiri”
(Inilah yang paling utama dalam persahabatan)

Balik pada ceritaku tadi, malam tersebut kami isikan dengan perbualan yang telah lama kami tidak ungkapkan sejak aku terpisah dengan mereka pada tahun 1999. Bayangkan sudah 10 tahun kami terpisah dek kerana waktu dan keadaan yang ketika itu tidak mengizinkan untuk kitaorang bersama. Ia semakin indah diulit kenangan-kenangan silam persekolahan dan hilaian tawa serta usik-mengusik yang berpanjangan. Memang sukar diungkap dengan kata-kata, hanya memori yang indah terpahat diminda, tersemat dijiwa......

Selepas itu, aktiviti fizikal yang kitaorang buat pulak ialah main bowling coz bowling my favourite game and it is the only activity that we can spend together till the midnight. Memang tidak kuduga fadilah hebat bermain bowling (balingan bola "screwdrivernya" mengancam banyak pihak yang bertanding sehingga menjuarai buat kedua-dua set, begitu juga shahidee dan azim yang mempunyai lontaran kemas bahkan selalu menuju kearah parit lanes..suryati pula mempunyai balingan ala-ala expert walaupun jarang bermain namun jatuhan pin yang dipancungnya bole menggugat emosi pemain semua dan aku pulak juz beginner jer....skor atau xskor, it's not a big matter but the importantly we spend a quality time together with happy and enjoyable.

Habis jer permainan, kitaorang decide nak balik coz esok(rabu 23/12/2009), aku dan member yang lain nak keje dan ader yang bercuti. Kitaorang pun membawa diri dan haluan masing-masing dan aku masih tertanya-tanya "Masihkah ada esok...untuk kita" dan disini aku akhiri artikel ku dengan ucapan terima kasih kepada pembaca setia atau pelawat yang sudi mengikuti artikel diatas.
Sekian, Wassalamualaikum.