RSS

Masihkah ada esok ...untuk kita


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Detik-detik indah pada malam 22-12-2009(Selasa), Itulah tarikh dan hari yang akan kusemadikan didalam ingatanku. Itulah malam yang aku impikan selama ini untuk bertemu dengan sahabat lama merangkap bekas teman sekelas aku iaitu Azim (Sekarang Haji Azim),Mohammad Shahidee dan Siti Fadilah. Ader juga budak Ex-SAB bersama kitaorang iaitu Suryati with her Boypren Tapi memang kalau bole nak lah jumpa dengan semua ex-class aku,tapi kehadiran 4 sahabat ku ni cukup untuk mengubat rinduku pada kawan-kawan sekelas ku yang lain khususnya dan budak2 Ex-SAB amnya.

Sementara aku bercerita tentang pertemuan kitaorang malam itu, inginlah sikit aku takrifkan maksud persahabatan mengikut versi dan pandangan aku sendiri. Hope takrifan aku punyai persamaan ataupun sesuai dengan fahaman para pembaca blog aku ataupun sesiapa ajer yang sudi membaca artikel ku ini. Semoga ia tidak menyinggung mana-mana pihak dan paling penting ia tidak ada kena mengena dengan manusia yang hidup atau yang telah meninggal dunia.

"Persahabatan" ialah istilah yang digunakan untuk menandakan tingkah laku, kerjasama dan sikap tolong-menolong antara dua atau lebih orang. Ia berlaku antara orang-orang yang mempunyai kesamaan intelektual dan emosi. Nilai persahabatan biasanya berasal daripada seseorang individu yang menampilkan tingkah laku yang berikut secara tekal:

Jenis persahabatan

Terdapat berbagai-bagai tahap "kerapatan" persahabatan yang menjangkau suatu spektrum lanjar. Oleh yang demikian, wujudnya sebilangan istilah bahasa basahan dalam bahasa Inggeris yang dipergunakan untuk memerihalkan persahabatan serta konteks yang persahabatan itu dipupuk:

  • Fair-weather friend atau kawan cuaca baik: Seorang yang hanya akan membantu kawannya jika bantuan itu tidak susahkannya.
  • Casual relationship atau "hubungan seks rambang": Kawan yang mempunyai hubungan mesra dari segi seks tetapi tidak menganggap diri mereka sebagai mencuba memikat; juga dirujuk sebagai friends with benefits atau "kawan yang memberikan manfaat".
  • Best friend atau "kawan karib": Kawan yang seseorang berasa paling rapat. Istilah ini biasanya membayangkan perasaan salingan antara satu sama lain, tetapi ini tidak selalu berlaku dan hubungan kawan karib merupakan sesuatu perkara yang sangat rumit.
  • True friend atau "kawan sejati": Orang yang sudi membantu kawan-kawannya yang menghadapi masalah emosi. Istilah ini juga menandakan sebahagian besar altruisme (Membantu tanpa mengharapkan balasan) kerana seorang kawan benar seringnya akan mengorbankan masa atau sumber yang lain untuk membantu kawan mereka yang menghadapi kesusahan. Walaupun demikian, kawan benar seringnya jarang ditemui dan mereka tidak semestinya merupakan kawan karib anda tetapi seorang yang anda ketahui akan membantu anda apabila diperlukan.

Tapi secara jelas boleh aku ungkapkan tentang persahabatan seperti 4 ungkapan dibawah:


“Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri”

“Persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapi memerlukan proses yang panjang seperti kita mengasah pisau, pisau baru yang tidak diasah lama kelamaan akan tumpul begitu juga persahabatan,jika mahu hubungan persahabatan yang berpanjangan, janganlah lupa akan keberadaan sahabat yang dimilikinya”


“Persahabatan selalu diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti, diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dan ia hadir sebagai asam garam sebuah perhubungan yang dinamakan persahabatan ”


“Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka. Kerana seorang sahabat boleh menjadi lebih dekat dan rapat daripada saudara sendiri”
(Inilah yang paling utama dalam persahabatan)

Balik pada ceritaku tadi, malam tersebut kami isikan dengan perbualan yang telah lama kami tidak ungkapkan sejak aku terpisah dengan mereka pada tahun 1999. Bayangkan sudah 10 tahun kami terpisah dek kerana waktu dan keadaan yang ketika itu tidak mengizinkan untuk kitaorang bersama. Ia semakin indah diulit kenangan-kenangan silam persekolahan dan hilaian tawa serta usik-mengusik yang berpanjangan. Memang sukar diungkap dengan kata-kata, hanya memori yang indah terpahat diminda, tersemat dijiwa......

Selepas itu, aktiviti fizikal yang kitaorang buat pulak ialah main bowling coz bowling my favourite game and it is the only activity that we can spend together till the midnight. Memang tidak kuduga fadilah hebat bermain bowling (balingan bola "screwdrivernya" mengancam banyak pihak yang bertanding sehingga menjuarai buat kedua-dua set, begitu juga shahidee dan azim yang mempunyai lontaran kemas bahkan selalu menuju kearah parit lanes..suryati pula mempunyai balingan ala-ala expert walaupun jarang bermain namun jatuhan pin yang dipancungnya bole menggugat emosi pemain semua dan aku pulak juz beginner jer....skor atau xskor, it's not a big matter but the importantly we spend a quality time together with happy and enjoyable.

Habis jer permainan, kitaorang decide nak balik coz esok(rabu 23/12/2009), aku dan member yang lain nak keje dan ader yang bercuti. Kitaorang pun membawa diri dan haluan masing-masing dan aku masih tertanya-tanya "Masihkah ada esok...untuk kita" dan disini aku akhiri artikel ku dengan ucapan terima kasih kepada pembaca setia atau pelawat yang sudi mengikuti artikel diatas.
Sekian, Wassalamualaikum.

Hari Sabtu Yang Bermakna!


Gambar diatas ialah membe BKB (dari kanan ; Yaya, dari tengah; Aku,Zaki,Din,Fara dan dari kiri: Mang dan Din)
Assalamualaikum dan Salam Pembuka Bicara......

Tanggal 11-12-2009 yang lalu, aku bercadang hendak ke Midvalley Megamall untuk bersama-sama geng BKB bagi melunaskan janji untuk menghabiskan masa lapang bersama. Sampai kat sana dalam jam 12.30tghari, aku terserempak Kak Ya dan (Faizal[suami yaya], Adira[anaknya] dan Ibu Mertuanya) sdg bersiar-siar sambil window shopping. Aklu bertegur sapa sambil2 tu tunggu membe2 bkb yg lain (Din,Zaki,Fara dan Mang) yg masih belum tiba.

Kemudian, aku beredar meninggalkan Kak Ya dan Famili lalu ku masuk kedalam Cosmic Bowl kat MidValley! untuk tunggu membe yg blm muncul tiba! Yang sedang2 saja(cam lirik lagu dangdutlah pulak). Semasa menunggu, aku diberikan petunjuk oleh Allah Yang Maha Esa, lalu aku duduk di tengah2 pintu masuk yang berdekatan dengan bowling lanes!Rupanya benar cakap orang tua-tua yang 'Kalau Ada Jodoh,Tak Kan Kemana'...Maksud aku "sesuatu pertemuan di tangan tuhan"dan aku berjumpa dengan membe skolah lama aku ketika aku menuntut di SM.Aminuddin Baki, J.Bahru. Mereka ialah (Azim dan Fahrurrazi).Betapa riangnya hati aku tidak terkira kerana dapat dapat bersua buat sekian lamanya setelah berpisah dan kerenggangan hubungan tali siraturahim antara kami.....Aku pon duk layan punya layan...maklumlah dah lama x berborak dan bermesra sejak sekian lama sampai membe BKB, Din yang dah sampai kat sana pun aku xsedar....bak kata orang,lupa diri tapi xdelah seteruk cam tu kot....whatever! janji aku puas dapat berjumpa dan importantly dapat mengukuhkan semula hubungan persahabatan kami semula.....

Setelah mengucapkan selamat tinggal dgn membe lama, aku pun menuju ketempat Din melabuhkan punggunya di bangku kerusi dalam 'Cosmic Bowl'.Sedar tak sedar,jam menunjukkan kul 2.30ptg lalu bersama Din untuk pi makan lor sebab aku lapaq giler ..lalu muncul zaki and the geng untuk joint sama2

Abih makan, kitaorang teruskan juga agenda kami untuk bermain bowling walaupun jam menunjukkan jam 4.30ptg dan terpaksa menunggu untuk mendapat tempat(waiting list),main tetap main "mere bhai". Pada set pertama, Din mengungguli tempat juara, naib juara disandang oleh Mang dan Tempat terakhir, aku namun berkat keazaman yang cekal semasa di set kedua Aku di tempat Juara, diikuti Mang,Naib Juara dan diakhiri dengan semangat sukan yang semakin merosot,Din. Tapi, bagi pengunpulan jatuhan pin yang paling banyak dijuarai oleh Mang dengan 200 jatuhan pin, diikuti Aku dengan jatuhan 190 jatuhan pin dan diikuti Din.

Setelah habis bermain, kami semua pulang dengan haluan masing-masing tapi bagi aku, hari tersebut merupakan "Hari Sabtu Yang Bermakna" kerana ia bukan saja mengembalikan memori yang dahulunya Kelam malah menjadikannya segar didalam Ingatan macam rasa hubungan persahabatan itu baru saja dijalinkan serta dan penting sekali ianya merapatkan hubungan kengkawan yang sedia ada bagi mewujudkan suasan harmonis dan sihat sesama manusia. Wassalam.

AIR! AIR! AIR!, Kerana Tiada Ko Air, AKu Merana....



Air (H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik.Air dari segi Islam adalah untuk bersuci.Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup oleh itu Air amat berguna kepada manusia dalam kehidupan seharian mereka.Air juga mampu wujud dalam 3 bentuk iaitu Ais(pepejal), Air(cecair) dan Wap(gas)...


Namun bukan ini yang ingin saya lanjutkan perbicaraannya tetapi most importantly yang nak saya tekankan disini bahawa pentingnya air itu bukan sahaja pada pelawat-pelawat blog saya tetapi juga kepada saya sendiri....mana tidaknya saya dan teman sebilik mengalami krisis air dirumah sewa....


Ader ke patut,rumah sewa saya di Vista Angkasa(K.L) takde air padahal rumah lain ada.Mengikut sumber yang boleh dipercayai dari teman sebilik saya mengatakan bahawa ketiadaan air dirumah disebabkan oleh keengganan dan keliatan teman-teman serumah untuk membayar bil-bil air.Teman serumah kebanyakkan mereka terdiri dari pelajar (Universiti Mxx!?*a)..nama universiti terpaksa dirahsiakan untuk mengelak salah faham dan tercalarnya kredibiliti pelajar universiti berkenaan kerana bukannya semua pelajar (membuat tahi)benda yang tidak wajar.Alasan mereka berikan bahawa Tuan rumah tidak membayar duit penyelenggaraan. Mula-mula memang saya dan teman sebilik memang percaya namun setelah kejadian ketiadaan air berlaku berulang kali, kami sudah mula syak wasangka. Teman sebilik saya mengagak 'something wrong with these all boys' dan saya cakap 'i agree with u and we have to see the owner to find out what really happen'


Kami(saya dan teman sebilik)pernah bertanya untuk mengambil nombor telefon tuan rumah kami namun teman serumah(budak2 U ni cakap, tuan rumah outstation, tiada dalam negara?)
it's that true what they said, it's can be a true until we find the owner? if we found out what it really happen,then we will decide either to say or to move out from that apartment to another apartment or house which offer a better, comfortable and pleasant to live....


Ingin saya tegaskan disini, bahawa sesuatu perkara tidak boleh diambil mudah sahaja seperti kejadian diatas, kita sendiri kene mengambil inisiatif sendiri dan menyusun strategi dengan berkongsi dengan orang lain bagi menyelesaikan sesuatu masalah...then betul cakap orang tua-tua dahulu "Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana Muafakat" itu bermaksud sesuatu masalah yang berat boleh diatasi dengan bermesyuarat atau berunding.

That's all for today! See all of you in another excitement story later...thanks for read my article. Have a nice day!