RSS

AL-Fatihah buat DYMM Almarhum Sultan Iskandar

DYMM Seri Paduka Baginda, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail

Pukul 7.15 malam (22 Januari 2010)..perginya seorang sultan yang berjiwa rakyat...seorang sultan yang tegas dalam mentadbir segala urusan pentadbiran terutamanya di negeri johor..Allahyarham baginda banyak melakukan pembangunan di negeri johor..dan yang terbaru merupakan wilayah iskandar..yang merupakan ilham beliau..

Walaupun aku bukannya rakyat asal negeri Johor, namun aku telah dibesarkan di Johor hampir 15 tahun (1984-1999) semasa pemerintahan baginda. Aku tetap menyangjungi Baginda (Almarhum Sultan Johor) kerana berjaya memerintah negeri Johor darul ta'zim dengan aman, maju dan makmur. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas roh Almarhum Sultan.
Al-Fatihah.



Kat sini izinkan aku paparkan serba sedikit profil mengenai Almarhum Baginda:-











DYMM Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail

  • Diputerakan pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bahru
  • Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajarannya di English College (sekarang Sekolah Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru.
  • Baginda seterusnya melanjutkan pelajarannya di Trinity Grammer School Australia dan selepas itu ke United Kingdom.
  • Setelah menamatkan pengajiannya, baginda berangkat pulang ke Johor pada tahun 1956 dan terus berkhidmat sebagai Pegawai Kadet Johor Civil Service.
  • Baginda telah dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 29 April 1981.
    Pada 11 Mei 1981 baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang keempat.
  • Baginda telah dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia pada 5 April 1982
  • Baginda ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIII (Ke-8) pada 15 November 1984
  • Baginda pernah mendapat latihan asas ketenteraan dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johore Military Forces) yang diasas dan ditubuhkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar
  • Pada masa lapang baginda gemar bermain polo, papan layar, memburu dan bermain golf.
  • Baginda Sultan telah bernikah dengan Sultanah Hajah Zanariah binti Tengku Ahmad dan telah dikurniakan 10 orang anakanda - dua orang putera dan lapan orang puteri.
  • Almarhum Baginda mangkat pada usia 77 tahun bertarikh 22 Januari 2010, pada jam 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru.
  • Baginda selamat dimakamkan di Permakaman Diraja Mahmoodiah, yang juga menempatkan makam moyang baginda atau lebih dikenali sebagai (Maharaja Johor atau Sultan Pertama Johor Moden) iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar ibni Ibrahim dan juga menempatkan pengasas UMNO, Allahyarham Dato' Onn Bin Jaafar)

(Gambar diatas,[dari kiri] DYMM Almarhum Sultan Iskandar, [tengah] Tengku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail (Bakal ditabalkan Sultan Johor ke-25) dan cucu baginda[kanan], Tunku Ismail Idris. )


Aku berharap pengganti Baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj (seperti foto diatas) akan mengambil alih pentadbiran johor dan berjaya meletakkan Negeri Johor setanding Negeri-Negeri yang maju di Malaysia serta menjadi Ketua Agama dan Pemerintah yang berjiwa rakyat.


Aku ada dengar juga membe-membe aku yang kat johor cakap pengganti Almarhum Baginda, Tunku Mahkota Johor ni ok. Diaorang cakap Tengku Ibrahim ini juga seorang berjiwa rakyat dan setiap tahun beliau akan turun ke sekitar johor untuk berjumpa dengan rakyat johor..bermesra dengan rakyat termasuklah rakyat johor yang tinggal di kawasan pedalaman..Program 'Kembara Mahkota' banyak merapatkan baginda dengan rakyat johor..dan bukan beliau sahaja yang terlibat dengan program nih..malah seluruh ahli keluarga beliau termasuk anaknya yang bongsu yang berumur 8 tahun...juga turut turun padang... Aku rasa kira ok lah jugak kan. Hope all Johorian akan gembira bahawa payung negeri yang menggantikan Almarhum Baginda Sultan Johor ni juga sama juga sepertinya iaitu pemerintah berjiwa rakyat.

0 comments: