RSS

ALLAH SeLAmaT KaN KaMu...NaZaRUdDiN



Bismillahirahmanirahim....Bersyukur kehadrat ALLAH kerana dapat juga aku menyambut hari ulang tahun kelahiran ke 26 tahun.

Sebelum tue, aku nak terangkan sikit apa dia ulang tahun kelahiran tue............
Ulang tahun adalah hari kelahiran seseorang, menandai hari dimulainya kehidupan di luar rahim. Dalam beberapa kebudayaan, merupakan suatu kebiasaan untuk merayakan peringatan ulang tahun seseorang, contohnya dengan mengadakan pesta ulang tahun dengan keluarga dan/atau teman. Hadiah sering diberikan pada orang yang merayakan ulang tahun. Juga merupakan suatu kebiasaan untuk memperlakukan seseorang secara istimewa pada hari ulangtahunnya.





25 Januari 2010, tarikh yang paling diingati oleh ku. Cam rasa sekejap jer dah sampai Hari Ulang tahun kelahiran aku ke 26....aku rasa syukur dan gembira kerana dikurniakan Allah kehidupan yang indah disamping mempunyai kerjaya dan kesihatan yang baik...InsyaALLAH target aku pada tahun ini adalah hendak sah dalam jawatan aku sekarang...dan jika telah sah...apa layi nak tunggu-tunggu...poyi lah sambung blajo (amik Degree-PJJ).....itulah cita-cita yang aku impikan selama ini..

Tentang kehidupan peribadi (GF)...aku rasa lom lagi kot coz tak nak lah pening2 kan kepala fikirkannya, biarlah kisah cinta semalam berlalu dan terus berlalu pergi....usah dicari lagi...Yg perlu adalah aturkan langkah,kuatkan lah semangat walau dahulu ku pernah kecewa but i'm not easily to give up for nothing juz aku ingin hidup bebas tanpa dikongkong kerakusan cinta yang banyak menyakit hati dari mendamaikan jiwa...I'm not ready for cintan cintun this year...and make its target for another time to accomplish... (Huuuhuuuu...aku xnk ingat ler kisah dulu2) nape lah aku ingat kisah lama2 ni....buek hilang mood jo....

Bila terfikir sambutan hari lahir, Teringat2 lah lagu yang selalu dinyanyikan oleh semua orang iaitu 'Selamat Hari Jadi' dan "Allah Selamatkan Kamu"....AKu pun nak nyanyi lah juga biar pun suara merdu (huuuhuuu...-mana tahu esok aku sambut birthday diiringi deraian air hujan membanjiri KL...heeheee


Allah Selamat kan Kamu,
Allah Selamat kan Kamu,
Allah Selamat kan Nazaruddin,
Allah Selamat kan kamu....


Selamat Hari Jadi,
Selamat Hari Jadi,
Selamat Hari Jadi Nazaruddin,
Sela..mat Ha..Ri ..Ja...Di...


Thanks u semua (pakk...pakk) tepuk untuk diri sendirilah pulak (huuhhuu...)
Esok x sempat lah nampaknya aku nak update my blog lagi coz kursus induksi khusus akan bermula (25-27 Januari 2010)...hope aku lulus dengan cemerlang, gemilang dan terbilang...(cam cogan kata Ex-PM kita lah pulak) huuhuhuu..


InsyaALLAH...berjumpa lgi dilain karya.....thanks for read my article. Wassalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Taklimat Penggunaan E-Kasih




Pada 23 Januari 2010 (jam 9.30 pagi), Rombongan Pengguna E-Kasih tiba di ICU,JPM di Bangunan Seri Perdana yang terdiri daripada Pegawai-pegawai Bahagian Kemiskinan Bandar iaitu (Ketua Rombongan : Pn. Norhayati Abd Manap, Timbalan Ketua Rombongan, Pn. Nazilah Mohd Yusof, AJK Rombongan, En. Mohd Ismail Omar Hathab dan Ahli-Ahli Rombongan iaitu Cik Nurhayati Sebli, Pn. Haslinda Md Latip, Pn. Azmah Abd Aziz, En. Fuzi Che Man dan last skali aku ler... Ini merupakan kali kedua aku ke ICU,JPM untuk dengar taklimat. Taklimat pertama adalah berkaitan dengan Modul Notis Perubahan (NOC-SPPII) dan taklimat kedua (sekarang) adalah berkaitan Manual Pengguna E-Kasih.
Disana,Kami berjumpa dengan Pn.Juraimi Ghazali selaku Ketua Penolong Pengarah F52 di Bahagian Teknologi Maklumat, ICU, JPM. Selain itu, terdapat juga tenaga pengajar yang lain bagi membantu kami dalam cara penggunaan E-Kasih iaitu Cik Sihazalwa Soad Pen. Pengarah F41, Cik Noor Zawani Suhaimin Pen. Pengarah (Kontrak) F41 dan En. Muhammad Faizal Ahmad Paruti Pen. Pengarah (Kontrak) F41.

Kami kesini adalah seperti yang diarahkan oleh Pn. SUB kami, iaitu Pn. Wan Azizah Wan Jaffar. Banyak yang kami pelajari dari segi bagaimana hendak key in bantuan, kemaskini profil KIR,AIR dan bagaimana hendak bagitau kepada orang ramai diluar sana (orang miskin dan miskin tegar bandar) yang ingin mendaftar dengan E-Kasih. Pokok pangkalnya hati mau belaja ok.....Tapi aku hanya leh dengar jer lah coz aku lum ader password lagi....so aku takyah buat kot key in ni semua...hu..hu...hu....sbb semua yang hadir dah ade id nama dan kata laluan.

Abis jer taklimat, kami semua membawa haluan masing-masing kecuali aku, En. Fuzi, Pn. Yati dan Pn. Nazilah sbb kami naik satu kereta dan kereta itu off course lah kereta pejabat...NAZA RIA...ini mungkin kali terakhir aku naik kereta itu coz kereta itu nak diambil alih KPKT kerana Bahagian Kemiskinan Bandar akan berpindah keluar dari KPKT ke Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB). Kami berempat pun pi lah makan tengahari coz perut pun dah berbunyi minta diisi...(perut berbunyi lagu Keronchong) heeheee.....Kami makan di Presint 8,coz hanya kat sana jer ada mee rebus yang Pn. SUB kami suka.....dan Pn. Yati dan Pn. Nazilah nk try ler mee rebus tue sama ada menjilat jari tangan ker atau menjilat jari kaki....hu..hu...hu....jangan marah yea Pn. Yati and Pn. Nazilah...

Lepas itu, kami balik ke opis untuk kemas2 apa yang patut dan tepat jam 5.00 petang, mereka pulang and aku jer yang tinggal untuk update sikit blog aku yang dah lama x dikemaskini sejak bulan 12/2009 kerana ke'busy'an aku di BKB.

That all my activity for today (23 January 2010).....and i hope that coming days with more activity and alot of story to enclosure. Thanks for read my article. See u another time! Have a nice day...


AL-Fatihah buat DYMM Almarhum Sultan Iskandar

DYMM Seri Paduka Baginda, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail

Pukul 7.15 malam (22 Januari 2010)..perginya seorang sultan yang berjiwa rakyat...seorang sultan yang tegas dalam mentadbir segala urusan pentadbiran terutamanya di negeri johor..Allahyarham baginda banyak melakukan pembangunan di negeri johor..dan yang terbaru merupakan wilayah iskandar..yang merupakan ilham beliau..

Walaupun aku bukannya rakyat asal negeri Johor, namun aku telah dibesarkan di Johor hampir 15 tahun (1984-1999) semasa pemerintahan baginda. Aku tetap menyangjungi Baginda (Almarhum Sultan Johor) kerana berjaya memerintah negeri Johor darul ta'zim dengan aman, maju dan makmur. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas roh Almarhum Sultan.
Al-Fatihah.



Kat sini izinkan aku paparkan serba sedikit profil mengenai Almarhum Baginda:-











DYMM Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail

  • Diputerakan pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bahru
  • Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajarannya di English College (sekarang Sekolah Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru.
  • Baginda seterusnya melanjutkan pelajarannya di Trinity Grammer School Australia dan selepas itu ke United Kingdom.
  • Setelah menamatkan pengajiannya, baginda berangkat pulang ke Johor pada tahun 1956 dan terus berkhidmat sebagai Pegawai Kadet Johor Civil Service.
  • Baginda telah dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 29 April 1981.
    Pada 11 Mei 1981 baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang keempat.
  • Baginda telah dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia pada 5 April 1982
  • Baginda ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIII (Ke-8) pada 15 November 1984
  • Baginda pernah mendapat latihan asas ketenteraan dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johore Military Forces) yang diasas dan ditubuhkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar
  • Pada masa lapang baginda gemar bermain polo, papan layar, memburu dan bermain golf.
  • Baginda Sultan telah bernikah dengan Sultanah Hajah Zanariah binti Tengku Ahmad dan telah dikurniakan 10 orang anakanda - dua orang putera dan lapan orang puteri.
  • Almarhum Baginda mangkat pada usia 77 tahun bertarikh 22 Januari 2010, pada jam 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru.
  • Baginda selamat dimakamkan di Permakaman Diraja Mahmoodiah, yang juga menempatkan makam moyang baginda atau lebih dikenali sebagai (Maharaja Johor atau Sultan Pertama Johor Moden) iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar ibni Ibrahim dan juga menempatkan pengasas UMNO, Allahyarham Dato' Onn Bin Jaafar)

(Gambar diatas,[dari kiri] DYMM Almarhum Sultan Iskandar, [tengah] Tengku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail (Bakal ditabalkan Sultan Johor ke-25) dan cucu baginda[kanan], Tunku Ismail Idris. )


Aku berharap pengganti Baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj (seperti foto diatas) akan mengambil alih pentadbiran johor dan berjaya meletakkan Negeri Johor setanding Negeri-Negeri yang maju di Malaysia serta menjadi Ketua Agama dan Pemerintah yang berjiwa rakyat.


Aku ada dengar juga membe-membe aku yang kat johor cakap pengganti Almarhum Baginda, Tunku Mahkota Johor ni ok. Diaorang cakap Tengku Ibrahim ini juga seorang berjiwa rakyat dan setiap tahun beliau akan turun ke sekitar johor untuk berjumpa dengan rakyat johor..bermesra dengan rakyat termasuklah rakyat johor yang tinggal di kawasan pedalaman..Program 'Kembara Mahkota' banyak merapatkan baginda dengan rakyat johor..dan bukan beliau sahaja yang terlibat dengan program nih..malah seluruh ahli keluarga beliau termasuk anaknya yang bongsu yang berumur 8 tahun...juga turut turun padang... Aku rasa kira ok lah jugak kan. Hope all Johorian akan gembira bahawa payung negeri yang menggantikan Almarhum Baginda Sultan Johor ni juga sama juga sepertinya iaitu pemerintah berjiwa rakyat.