RSS

Masihkah ada esok ...untuk kita


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Detik-detik indah pada malam 22-12-2009(Selasa), Itulah tarikh dan hari yang akan kusemadikan didalam ingatanku. Itulah malam yang aku impikan selama ini untuk bertemu dengan sahabat lama merangkap bekas teman sekelas aku iaitu Azim (Sekarang Haji Azim),Mohammad Shahidee dan Siti Fadilah. Ader juga budak Ex-SAB bersama kitaorang iaitu Suryati with her Boypren Tapi memang kalau bole nak lah jumpa dengan semua ex-class aku,tapi kehadiran 4 sahabat ku ni cukup untuk mengubat rinduku pada kawan-kawan sekelas ku yang lain khususnya dan budak2 Ex-SAB amnya.

Sementara aku bercerita tentang pertemuan kitaorang malam itu, inginlah sikit aku takrifkan maksud persahabatan mengikut versi dan pandangan aku sendiri. Hope takrifan aku punyai persamaan ataupun sesuai dengan fahaman para pembaca blog aku ataupun sesiapa ajer yang sudi membaca artikel ku ini. Semoga ia tidak menyinggung mana-mana pihak dan paling penting ia tidak ada kena mengena dengan manusia yang hidup atau yang telah meninggal dunia.

"Persahabatan" ialah istilah yang digunakan untuk menandakan tingkah laku, kerjasama dan sikap tolong-menolong antara dua atau lebih orang. Ia berlaku antara orang-orang yang mempunyai kesamaan intelektual dan emosi. Nilai persahabatan biasanya berasal daripada seseorang individu yang menampilkan tingkah laku yang berikut secara tekal:

Jenis persahabatan

Terdapat berbagai-bagai tahap "kerapatan" persahabatan yang menjangkau suatu spektrum lanjar. Oleh yang demikian, wujudnya sebilangan istilah bahasa basahan dalam bahasa Inggeris yang dipergunakan untuk memerihalkan persahabatan serta konteks yang persahabatan itu dipupuk:

  • Fair-weather friend atau kawan cuaca baik: Seorang yang hanya akan membantu kawannya jika bantuan itu tidak susahkannya.
  • Casual relationship atau "hubungan seks rambang": Kawan yang mempunyai hubungan mesra dari segi seks tetapi tidak menganggap diri mereka sebagai mencuba memikat; juga dirujuk sebagai friends with benefits atau "kawan yang memberikan manfaat".
  • Best friend atau "kawan karib": Kawan yang seseorang berasa paling rapat. Istilah ini biasanya membayangkan perasaan salingan antara satu sama lain, tetapi ini tidak selalu berlaku dan hubungan kawan karib merupakan sesuatu perkara yang sangat rumit.
  • True friend atau "kawan sejati": Orang yang sudi membantu kawan-kawannya yang menghadapi masalah emosi. Istilah ini juga menandakan sebahagian besar altruisme (Membantu tanpa mengharapkan balasan) kerana seorang kawan benar seringnya akan mengorbankan masa atau sumber yang lain untuk membantu kawan mereka yang menghadapi kesusahan. Walaupun demikian, kawan benar seringnya jarang ditemui dan mereka tidak semestinya merupakan kawan karib anda tetapi seorang yang anda ketahui akan membantu anda apabila diperlukan.

Tapi secara jelas boleh aku ungkapkan tentang persahabatan seperti 4 ungkapan dibawah:


“Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri”

“Persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapi memerlukan proses yang panjang seperti kita mengasah pisau, pisau baru yang tidak diasah lama kelamaan akan tumpul begitu juga persahabatan,jika mahu hubungan persahabatan yang berpanjangan, janganlah lupa akan keberadaan sahabat yang dimilikinya”


“Persahabatan selalu diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti, diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dan ia hadir sebagai asam garam sebuah perhubungan yang dinamakan persahabatan ”


“Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka. Kerana seorang sahabat boleh menjadi lebih dekat dan rapat daripada saudara sendiri”
(Inilah yang paling utama dalam persahabatan)

Balik pada ceritaku tadi, malam tersebut kami isikan dengan perbualan yang telah lama kami tidak ungkapkan sejak aku terpisah dengan mereka pada tahun 1999. Bayangkan sudah 10 tahun kami terpisah dek kerana waktu dan keadaan yang ketika itu tidak mengizinkan untuk kitaorang bersama. Ia semakin indah diulit kenangan-kenangan silam persekolahan dan hilaian tawa serta usik-mengusik yang berpanjangan. Memang sukar diungkap dengan kata-kata, hanya memori yang indah terpahat diminda, tersemat dijiwa......

Selepas itu, aktiviti fizikal yang kitaorang buat pulak ialah main bowling coz bowling my favourite game and it is the only activity that we can spend together till the midnight. Memang tidak kuduga fadilah hebat bermain bowling (balingan bola "screwdrivernya" mengancam banyak pihak yang bertanding sehingga menjuarai buat kedua-dua set, begitu juga shahidee dan azim yang mempunyai lontaran kemas bahkan selalu menuju kearah parit lanes..suryati pula mempunyai balingan ala-ala expert walaupun jarang bermain namun jatuhan pin yang dipancungnya bole menggugat emosi pemain semua dan aku pulak juz beginner jer....skor atau xskor, it's not a big matter but the importantly we spend a quality time together with happy and enjoyable.

Habis jer permainan, kitaorang decide nak balik coz esok(rabu 23/12/2009), aku dan member yang lain nak keje dan ader yang bercuti. Kitaorang pun membawa diri dan haluan masing-masing dan aku masih tertanya-tanya "Masihkah ada esok...untuk kita" dan disini aku akhiri artikel ku dengan ucapan terima kasih kepada pembaca setia atau pelawat yang sudi mengikuti artikel diatas.
Sekian, Wassalamualaikum.

0 comments: