RSS

Taklimat Penggunaan E-Kasih




Pada 23 Januari 2010 (jam 9.30 pagi), Rombongan Pengguna E-Kasih tiba di ICU,JPM di Bangunan Seri Perdana yang terdiri daripada Pegawai-pegawai Bahagian Kemiskinan Bandar iaitu (Ketua Rombongan : Pn. Norhayati Abd Manap, Timbalan Ketua Rombongan, Pn. Nazilah Mohd Yusof, AJK Rombongan, En. Mohd Ismail Omar Hathab dan Ahli-Ahli Rombongan iaitu Cik Nurhayati Sebli, Pn. Haslinda Md Latip, Pn. Azmah Abd Aziz, En. Fuzi Che Man dan last skali aku ler... Ini merupakan kali kedua aku ke ICU,JPM untuk dengar taklimat. Taklimat pertama adalah berkaitan dengan Modul Notis Perubahan (NOC-SPPII) dan taklimat kedua (sekarang) adalah berkaitan Manual Pengguna E-Kasih.
Disana,Kami berjumpa dengan Pn.Juraimi Ghazali selaku Ketua Penolong Pengarah F52 di Bahagian Teknologi Maklumat, ICU, JPM. Selain itu, terdapat juga tenaga pengajar yang lain bagi membantu kami dalam cara penggunaan E-Kasih iaitu Cik Sihazalwa Soad Pen. Pengarah F41, Cik Noor Zawani Suhaimin Pen. Pengarah (Kontrak) F41 dan En. Muhammad Faizal Ahmad Paruti Pen. Pengarah (Kontrak) F41.

Kami kesini adalah seperti yang diarahkan oleh Pn. SUB kami, iaitu Pn. Wan Azizah Wan Jaffar. Banyak yang kami pelajari dari segi bagaimana hendak key in bantuan, kemaskini profil KIR,AIR dan bagaimana hendak bagitau kepada orang ramai diluar sana (orang miskin dan miskin tegar bandar) yang ingin mendaftar dengan E-Kasih. Pokok pangkalnya hati mau belaja ok.....Tapi aku hanya leh dengar jer lah coz aku lum ader password lagi....so aku takyah buat kot key in ni semua...hu..hu...hu....sbb semua yang hadir dah ade id nama dan kata laluan.

Abis jer taklimat, kami semua membawa haluan masing-masing kecuali aku, En. Fuzi, Pn. Yati dan Pn. Nazilah sbb kami naik satu kereta dan kereta itu off course lah kereta pejabat...NAZA RIA...ini mungkin kali terakhir aku naik kereta itu coz kereta itu nak diambil alih KPKT kerana Bahagian Kemiskinan Bandar akan berpindah keluar dari KPKT ke Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB). Kami berempat pun pi lah makan tengahari coz perut pun dah berbunyi minta diisi...(perut berbunyi lagu Keronchong) heeheee.....Kami makan di Presint 8,coz hanya kat sana jer ada mee rebus yang Pn. SUB kami suka.....dan Pn. Yati dan Pn. Nazilah nk try ler mee rebus tue sama ada menjilat jari tangan ker atau menjilat jari kaki....hu..hu...hu....jangan marah yea Pn. Yati and Pn. Nazilah...

Lepas itu, kami balik ke opis untuk kemas2 apa yang patut dan tepat jam 5.00 petang, mereka pulang and aku jer yang tinggal untuk update sikit blog aku yang dah lama x dikemaskini sejak bulan 12/2009 kerana ke'busy'an aku di BKB.

That all my activity for today (23 January 2010).....and i hope that coming days with more activity and alot of story to enclosure. Thanks for read my article. See u another time! Have a nice day...


0 comments: