Gambar diatas ialah membe BKB (dari kanan ; Yaya, dari tengah; Aku,Zaki,Din,Fara dan dari kiri: Mang dan Din)
Assalamualaikum dan Salam Pembuka Bicara......
Tanggal 11-12-2009 yang lalu, aku bercadang hendak ke Midvalley Megamall untuk bersama-sama geng BKB bagi melunaskan janji untuk menghabiskan masa lapang bersama. Sampai kat sana dalam jam 12.30tghari, aku terserempak Kak Ya dan (Faizal[suami yaya], Adira[anaknya] dan Ibu Mertuanya) sdg bersiar-siar sambil window shopping. Aklu bertegur sapa sambil2 tu tunggu membe2 bkb yg lain (Din,Zaki,Fara dan Mang) yg masih belum tiba.
Kemudian, aku beredar meninggalkan Kak Ya dan Famili lalu ku masuk kedalam Cosmic Bowl kat MidValley! untuk tunggu membe yg blm muncul tiba! Yang sedang2 saja(cam lirik lagu dangdutlah pulak). Semasa menunggu, aku diberikan petunjuk oleh Allah Yang Maha Esa, lalu aku duduk di tengah2 pintu masuk yang berdekatan dengan bowling lanes!Rupanya benar cakap orang tua-tua yang 'Kalau Ada Jodoh,Tak Kan Kemana'...Maksud aku "sesuatu pertemuan di tangan tuhan"dan aku berjumpa dengan membe skolah lama aku ketika aku menuntut di SM.Aminuddin Baki, J.Bahru. Mereka ialah (Azim dan Fahrurrazi).Betapa riangnya hati aku tidak terkira kerana dapat dapat bersua buat sekian lamanya setelah berpisah dan kerenggangan hubungan tali siraturahim antara kami.....Aku pon duk layan punya layan...maklumlah dah lama x berborak dan bermesra sejak sekian lama sampai membe BKB, Din yang dah sampai kat sana pun aku xsedar....bak kata orang,lupa diri tapi xdelah seteruk cam tu kot....whatever! janji aku puas dapat berjumpa dan importantly dapat mengukuhkan semula hubungan persahabatan kami semula.....
Setelah mengucapkan selamat tinggal dgn membe lama, aku pun menuju ketempat Din melabuhkan punggunya di bangku kerusi dalam 'Cosmic Bowl'.Sedar tak sedar,jam menunjukkan kul 2.30ptg lalu bersama Din untuk pi makan lor sebab aku lapaq giler ..lalu muncul zaki and the geng untuk joint sama2
Abih makan, kitaorang teruskan juga agenda kami untuk bermain bowling walaupun jam menunjukkan jam 4.30ptg dan terpaksa menunggu untuk mendapat tempat(waiting list),main tetap main "mere bhai". Pada set pertama, Din mengungguli tempat juara, naib juara disandang oleh Mang dan Tempat terakhir, aku namun berkat keazaman yang cekal semasa di set kedua Aku di tempat Juara, diikuti Mang,Naib Juara dan diakhiri dengan semangat sukan yang semakin merosot,Din. Tapi, bagi pengunpulan jatuhan pin yang paling banyak dijuarai oleh Mang dengan 200 jatuhan pin, diikuti Aku dengan jatuhan 190 jatuhan pin dan diikuti Din.
Setelah habis bermain, kami semua pulang dengan haluan masing-masing tapi bagi aku, hari tersebut merupakan "Hari Sabtu Yang Bermakna" kerana ia bukan saja mengembalikan memori yang dahulunya Kelam malah menjadikannya segar didalam Ingatan macam rasa hubungan persahabatan itu baru saja dijalinkan serta dan penting sekali ianya merapatkan hubungan kengkawan yang sedia ada bagi mewujudkan suasan harmonis dan sihat sesama manusia. Wassalam.
0 comments:
Post a Comment